Hari Intai Komuniti Sihat 1.0

Pada cuti pertengahan semester 1, kelab Kesihatan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Bangunan Pengurusan Bersama Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dan Persatuan Penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai telah menganjurkan satu program yang diberi nama Intai Komuniti Sihat 1.0 (IKS) bertemakan Mahasiswa Peneraju Komuniti Hijau yang Gemilang. Program ini telah dijalankan di Apartment Idaman, Damansara Damai yang diadakan pada hari Sabtu, 3 November 2018 yang disertai seramai 100 orang palajar UKM, 200 orang penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai dan 26 orang fasilitator.

            Objektif program Intai Komuniti Sihat 1.0 tersebut adalah

  1. Untuk menyediakan informasi kesihatan dan penyelesaian tentang isu-isu kesihatan yang timbul di Kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai dengan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat selain
  2. Menyediakan wadah kepada mahasiswa untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan menimba pengalaman dalam mengendalikan seluruh program.

            Semasa program ini dijalankan, saya sebagai salah seorang AJK pameran yang berperanan dalam membantu exco-exco pameran untuk menghias booth-booth pameran KPKI dan pameran UKM yang diadakan di padang permainan Apartment Idaman, Damansara Damai. Selain itu, saya juga turut membantu PIC-PIC yang mengendalikan acara sukaneka iaitu “musical chair”.

Exco & Ajk Pameran

            Selain itu, kemahiran kerja berpasukan. Sebelum program ini dijalankan pelajar-pelajar KPKI banyak membantu antara satu sama lain untuk menjayakan program ini. Daripada kemahiran ini juga, saya mampu menanam sikap bertolak ansur antara ahli-ahli yang lain, lebih bersabar, lebih bertanggungjawab dan juga saya memperoleh ilmu yang baharu bagi menjayakan sesuatu program.

            Nilai-nilai moral dan etika professional juga dapat saya perolehi daripada program ini. Nilai kesederhanaan adalah nilai yang paling terkesan dalam hati saya kerana selama ini saya tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan apartment yang melibatkan masyarakat berbilang kaum dan apabila saya melihat cara hidup masyarakat di sana saya merasakan mereka mengamalkan sikap bersederhana dalam kehidupan dan berjimat cermat serta bersikap tidak melampau terhadap orang lain.

Hari Kesihatan Persekitaran 2018

Hari Kesihatan Persekitaran 2018
Pelajar KPKI tahun 1

Jumaat, 28 September 2018. Kelab Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan
Industri (KPKI) dibawah Fakulti Sains Kesihatan telah menganjurkan Hari Kesihatan
Persekitaran yang bertempat di Dewan Kuliah 4 UKM dengan bertemakan keselamatan
dan kemapanan makanan global (global food safety and sustainability).

Tujuan pengisytiharan Hari Kesihatan Persekitaran ini adalah menunjukkan
kepentingan bidang kesihatan persekitaran dan peranan pengamal nya dalam
melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan faktor-faktor biologikal, kimia
dan fizikal yang menjejas dan mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia
sejagat.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan semasa Hari Kesihatan Persekitaran ini berlangsung antaranya ialah radio rosak, menyusun puzzle, melukis poster dan sebagainya yang bersesuaian dengan tema Hari Kesihatan Persekitaran 2018.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan ketiga. Walaupun kumpulan kami tidak berjaya mendapat tempat pertama, kedua mahupun ketiga tetapi kami berjaya berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Akhir kata, saya berharap dapat menunjukkan kepentingan bidang kesihatan persekitaran kepada masyarakat dan juga dapat melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang dapat mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia sejagat.

Sambutan Hari Malaysia

Sambutan Hari Malaysia Peringkat UKM 2018

Pada 21 September tahun lalu, saya telah menyertai perarakkan Sambutan Hari Malaysia bagi mewakili Kolej Tun Syed Nasir bersama rakan-rakan yang lain untuk dipersembahkan di Stadium, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kolej Tun Syed Nasir pergi ke Stadium, UKM dengan membawa pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’. Kami telah memenangi Anugerah Harapan (Emas) sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat UKM 2018.

Anugerah Harapan (Emas)

Alhamdulillah saya berjaya berarak dan menari di hadapan khalayak ramai walaupun berbagai-bagai rasa yang hadir dalam diri ini. Saya sangat gembira kerana dapat menyertai aktiviti seperti ini kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru serta mencipta kemesraan antara satu sama lain walaupun masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini.

Di sana, saya dapat lihat semua yang mewakili kolej masing-masing bertungkus lumus untuk memenangi perarakkan ini dan berjaya mendapat anugerah yang cemerlang untuk membawa pulang ke kolej masing-masing. Sebelum saya mengundurkan diri saya berharap saya dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai bangsa seperti ini di masa-masa hadapan dan dapat lebih ramai rakan daripada pelbagai bangsa.

Maklumat Diri

Aini Syazwani. Berusia 20 tahun. Seorang yang berdedikasi dalam melakukan sesuatu kerja. Berupaya untuk bekerja secara sendiri dan berkumpulan, bermotivasi, suka mencuba dan belajar perkara baru serta sangat bertekad dan bercita-cita tinggi dan juga seorang yang penyabar. Mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Kesihatan Persekitaran & Keselamatan Industri (KPKI). Terlibat dalam ko-kurikulum di UKM sebagai ahli kelab Taekwondo. Mengikuti pelbagai kemahiran seperti kepimpinan, komunikasi, pemikiran kritis, pengurusan maklumat dan etika & professionalisme.

Email: ainisyazwani99@gmail.com.

Web: https://aini.video.blog

PENDIDIKAN

2018 – 2022: Universiti Kebangsaan Malaysia
Ijazah Sarjanamuda Kesihatan Persekitaran & Keselamatan Industri dengan Kepujian

2017 – 2018: Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
CGPA: 3.13

2012 – 2016: SMK Seri Payong, Marang, Terengganu
SPM: 1A 6B 2C
PT3: 6A 2C 2D
UPSR: 1A 4B

AKTIVITI KOKURIKULUM

  • PIC gerai jualan KPKI, Kaswa, UKM, 2019.
  • Mengambil bahagian sebagai peserta perbarisan SeNSE, KTSN, UKM, 2018.
  • Mengambil bahagian dalam Upgrading Taekwondo, KTSN, UKM, 2018.
  • Mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Malaysia peringkat UKM, 2018.
  • Memenangi tempat kedua dalam ‘Kawad Kaki Mini Kakom’ di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, 2017.

KEMAHIRAN

  • Bagus dalam Microsoft Office (Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel).
  • Mempunyai lesen memandu kereta.
  • Kemahiran bahasa:

Bertutur:
1. Bahasa Malaysia: 9/10
2. Bahasa Inggeris: 6/10

Menulis:
1. Bahasa Malaysia: 9/10
2. Bahasa Inggeris: 6/10

Membaca:
1. Bahasa Malaysia: 10/10
2. Bahasa Inggeris: 8/10