
Pada 21 September tahun lalu, saya telah menyertai perarakkan Sambutan Hari Malaysia bagi mewakili Kolej Tun Syed Nasir bersama rakan-rakan yang lain untuk dipersembahkan di Stadium, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kolej Tun Syed Nasir pergi ke Stadium, UKM dengan membawa pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’. Kami telah memenangi Anugerah Harapan (Emas) sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat UKM 2018.

Alhamdulillah saya berjaya berarak dan menari di hadapan khalayak ramai walaupun berbagai-bagai rasa yang hadir dalam diri ini. Saya sangat gembira kerana dapat menyertai aktiviti seperti ini kerana dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru serta mencipta kemesraan antara satu sama lain walaupun masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
Di sana, saya dapat lihat semua yang mewakili kolej masing-masing bertungkus lumus untuk memenangi perarakkan ini dan berjaya mendapat anugerah yang cemerlang untuk membawa pulang ke kolej masing-masing. Sebelum saya mengundurkan diri saya berharap saya dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai bangsa seperti ini di masa-masa hadapan dan dapat lebih ramai rakan daripada pelbagai bangsa.