Hari Kesihatan Persekitaran 2018

Hari Kesihatan Persekitaran 2018
Pelajar KPKI tahun 1

Jumaat, 28 September 2018. Kelab Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan
Industri (KPKI) dibawah Fakulti Sains Kesihatan telah menganjurkan Hari Kesihatan
Persekitaran yang bertempat di Dewan Kuliah 4 UKM dengan bertemakan keselamatan
dan kemapanan makanan global (global food safety and sustainability).

Tujuan pengisytiharan Hari Kesihatan Persekitaran ini adalah menunjukkan
kepentingan bidang kesihatan persekitaran dan peranan pengamal nya dalam
melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan faktor-faktor biologikal, kimia
dan fizikal yang menjejas dan mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia
sejagat.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan semasa Hari Kesihatan Persekitaran ini berlangsung antaranya ialah radio rosak, menyusun puzzle, melukis poster dan sebagainya yang bersesuaian dengan tema Hari Kesihatan Persekitaran 2018.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan ketiga. Walaupun kumpulan kami tidak berjaya mendapat tempat pertama, kedua mahupun ketiga tetapi kami berjaya berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Akhir kata, saya berharap dapat menunjukkan kepentingan bidang kesihatan persekitaran kepada masyarakat dan juga dapat melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang dapat mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia sejagat.

Leave a comment